KEMPEN MENANGANI GEJALA VANDALISME DALAM KALANGAN REMAJA
Katakan TAK NAK kepada VANDALISME!!!
Definisi:
Vandalisme yang membawa maksud membuat sebarang perubahan seperti melukis, menanda, mengecat, menampal,merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Golongan utama yang melakukan gejala ini adalah golongan remaja. Ini merupakan satu masalah sosial yang sukar diketahui punca sebenarnya.
Berikut adalah dua pendapat tentang mengapa vandalisme berlaku.
Vandalisme hanya untuk berseronok sahaja. Apabila berasa bosan, memanglah seseorang itu akan mencari sesuatu yang menarik. Keadaan emosi yang tidak tenteram. Sesetengah orang tidak boleh sentiasa mengawal perasaannya. Pada ketika tertentu dia akan berasa ingin meluahkan perasaan secara fizikal.
Faktor-faktor yang menyebabkan vandalisme berlaku dalam kalangan remaja.........
pendorong kepada permasalahan ini ialah PENGARUH rakan sebaya. Selalunya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan golongan remaja dalam kumpulan IAITU Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
Kedua, golongan remaja yang mengalami konflik jiwa yang hebat. Remaja yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian menyebabkan mereka melakukan vandalisme untuk menarik perhatian orang ramai
KeTIGA, golongan remaja yang dilamun cinta. Vandalisme yang dilakukan oleh golongan ini bertumpu di tamantaman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Golongan ini dikuasai dorongan emosi diri.
JADI hal ini telah menunjukkan mengapa apakah penyebab yang menyebabkan gegala ini berlaku . Oleh itu, kita perlulah mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah ini.
langkah yang pertama pihak kerajaan hendaklah menguatkuasakan akta undang-undang vandalisme.Ibu bapa juga berperanan dalam menangani masalah ini iaitu dengan memberi tunjuk ajar kepada anak remaja sejak dari kecil, bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Berikut adalah beberapa contoh vandalisme yang dilakukan oleh remaja pada zaman moden ini.
video ini menunjukkan vandalism yang dilakukan oleh setengah remaja di sekolah yang telah berjaya dikesan oleh pihak sekolah.
CERITA MENGENAI BEKAS VANDALISME YANG TELAH INSAF DAN MENERIMA AKIBAT YANG TERUK.........
Y(bukan nama sebenar) merupakan seorang bekas pelajar yang kini usianya sudah menjangkau 60 tahun. Tentu anda berasa pelik tentang cerita orang tua ini. Hal ini kerana, Y merupakan bekas vandalis yang telah menempuh pelbagai dugaan dan masalah dalam hidupnya akibat perbuatannya yang melakukan vandalisme pada suatu masa dahulu di bangku sekolahnya.
Permulaan...
Ketika berusia 16 tahun akibat terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bermoral, Y mula melakukan vandalisme di sekolah seperti menconteng dinding tandas, merosakan telefon awam dan sebagainya. Namun perkara ini merupakan perkara yang remeh yang dilakukannnya tetapi perbuatan yang paling dahsyat sehingga orang ramai tidak dapat melupakan peristiwa yang mengerikan iaitu perbuatan vandalismenya itu telah mengorbankan nyawa seorang guru itu.
Tentu anda berasa hairan mana mungkin gejala vandalisme ini dapat mengorbankan nyawa seseorang. Tetapi Y telah membuktikan keadaan ini iaitu Y telah mematahkan kaki kerusi guru yang dibencinya itu. Y berpendapat bahawa dengan melakukan perbuatan sebegini dia dapat memalukan gurunya itu, tetapi malang tidak berbau guru menghidapi penyakit jantung yang duduk di atas kerusi tiba-tiba terjatuh sehingga telah menghembuskan nafas terakhirnya. Selepas kejadian tersebut Y menjadi trauma dan hilang kewarasannya. Keluarga Y telah memutuskan untuk membawa Y ke hospital sakit jiwa.
Pengajaran.....
bagi vandalis yang sedang bermaharajalela insaflah kamu sebelum kamu diinsafkan oleh perbuatan kamu itu...jangan pandang enteng terhadap perkara ini , bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati....
Labels: info dan foto
1 Comments:
Gud work TEAM!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home